Kelas mingguan
Wednesday, March 3, 2010Setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti berkenaan kumpulan aerobik Politeknik Port Dickson, sukacita dimaklumkan, kelas mingguan kami kini dibuka untuk SEMUA! Berikut ialah butiran tentang kelas:
Hari: Selasa dan Khamis setiap minggu (kecuali jika diberitahu sebaliknya)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Perpustakaan Politeknik Port Dickson
Anda semua dijemput hadir dan mengeluarkan peluh dengan cara yang paling seronok!
Lihat peta dan pelan Politeknik Port Dickson.
msk @ polipd
Wednesday, September 2, 2009AerocPPD telah berpeluang membimbing program senam pagi Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baru ambilan Julai 2009 iaitu pada 9 Julai 2009 yang lalu.
Ahli yang terlibat kali ini ialah semua yang terlibat dalam Pertandingan Senam Tari Karnival Sukan Puspanita Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kebetulan, senam pagi ini berlangsung pada hari yang sama dengan hari yang diputuskan sebagai hari terakhir persiapan penuh untuk pertandingan tersebut. Jadi, mereka semua memang bersedia mental dan fizikal untuk membimbing sesi itu.
Senaman bermula pada jam 8 pagi dan berakhir kira-kira sejam selepas itu.
Berikut adalah video sekitar aktiviti senam pagi yang diadakan di padang Politeknik Port Dickson tersebut:
(Terima kasih Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UPIM) Politeknik Port Dickson untuk video-video ini.)