pertandingan senam tari @ puo

Sunday, July 12, 2009
Posted by mira

Pada hari Sabtu, 11 Julai 2009, Puspanita Politeknik Port Dickson telah menghantar wakil untuk menyertai Karnival Sukan Puspanita Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Pertandingan Senam Tari yang bertempat di Politeknik Ungku Omar.

Wakil yang dimaksudkan ialah seramai 9 orang ahli Kelab Aerobik kakitangan Politeknik Port Dickson. Mereka ialah:

Pn. Jurawati Bt Jantan
Cik Salimahanim Bt Othman
Cik Amira Hariyati Bt Ruzaidi
Pn. Norhasmiza Bt Hamzah
Cik Siti Nurasikin Bt Zolkifle
Cik Aribah Shakimah Bt Ahmad Shakri
Cik Azilah Bt Asri
Pn. Aminah Bt Hassan
Cik Wan Khazani Bt Wan Kamarudin (simpanan)

Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai AerocPPD dan diketuai oleh Encik Suhairi bin Husin sebagai jurulatih dan Cik Suraidah Bt Abu Bakar sebagai pengurus.

Sebanyak 11 buah agensi di bawah KPT termasuk Politeknik Port Dickson telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pasukan AerocPPD tidak mendapat 3 tempat teratas. Namun, mereka tetap gembira dan berpuas hati dengan persembahan yang diberikan kerana bagi mereka, persembahan inilah yang terbaik antara banyak latihan intensif yang telah dijalankan selama lebih kurang 3 minggu sebelum pertandingan.

Memandangkan ini ialah pengalaman pertama mereka mewakili Politeknik Port Dickson dalam pertandingan seumpamanya, banyak pengajaran dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memantapkan persediaan menghadapi cabaran pertandingan akan datang.

Diharapkan Kelab Aerobik kakitangan Politeknik Port Dickson akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Klik sini untuk download video persembahan pertandingan AerocPPD

AerocPPD di Sinar Ipoh

dengan cikgu
Mira, Sal, Azi, Jura, Min, Ekin, Ani, Miza, Arib
Cikgu Suhairi

Labels:

0 comments: