tentang kami

Wednesday, July 1, 2009
Posted by mira

Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson mula ditubuhkan pada 1 Ogos 2008. Kelab ini ditubuhkan oleh instruktur aerobik kelab ini sendiri iaitu saudara Suhairi bin Husin setelah menghadiri kursus instruktur senamrobik.

Selain untuk berkongsi ilmu yang diperoleh, saudara Suhairi juga mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Aerobik ini untuk memulakan gaya hidup cergas dan sihat di kalangan kakitangan Politeknik Port Dickson.

Walau bagaimanapun, pada awal-awal penubuhan, kelab ini tidak mempunyai aktiviti tetap. Keahlian juga masih tidak didaftarkan secara formal, tetapi hanya sekadar mengajak sesiapa yang ingin bersenam pada waktu petang. Pada waktu itu, hanya lebih kurang 5 orang sahaja yang datang setiap kali kelas berlangsung.

Sekarang, ahli Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson sudahpun melebihi 15 orang. Sambutan menggalakkan ini adalah disebabkan keseronokkan yang diperoleh pada setiap kelas. Dengan bersenam, mereka dapat mengeluarkan peluh yang menyihatkan badan dan juga dapat melepaskan tekanan kerja formal sehari-hari.

Sepanjang penubuhannya, Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson telah banyak terlibat dalam aktiviti luar selain daripada kelas-kelas biasa yang dijalankan setiap Selasa dan Khamis jam 5.30 hingga 6.45 petang.

Antaranya termasuklah membimbing aktiviti senam pagi Minggu Suai Kenal pelajar baru Politeknik Port Dickson, Hari Keluarga Kelab Pentadbiran, dan program-program gotong-royong Taman Politeknik.

Pertandingan pertama yang disertai oleh Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson ialah Pertandingan Senam Tari sempena Karnival Sukan Puspanita Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertempat di Politeknik Ungku Omar 11 Julai 2009 yang lepas.

Dalam pertandingan itu, satu kumpulan khas daripada Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan. Mereka menamakan diri mereka sebagai AerocPPD. AerocPPD ialah satu pasukan yang dipersiapkan khas untuk menghadapi sebarang cabaran pertandingan yang melibatkan senaman dan tarian.

Sehingga sekarang, keahlian Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson hanya terbuka kepada kakitangan wanita Politeknik Port Dickson, juga isteri-isteri kepada kakitangan lelaki Politeknik Port Dickson.

Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson berazam untuk menjadi kebanggaan kepada Politeknik Port Dickson dengan kecemerlangan, iltizam dan semangat berpasukan yang ada pada mereka. Mereka juga berazam untuk menguasai segala bentuk dan teknik senaman dan tarian; tradisional dan moden.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Kelab Aerobik Politeknik Port Dickson boleh diajukan terus kepada instrukturnya sendiri, saudara Suhairi bin Husin di talian 0176940845 atau emel kami di aerocppd [at] gmail [dot] com.

Labels:

0 comments: