poco-poco: HARUS

Wednesday, August 26, 2009
Posted by mira

Baru-baru ini, tersebar luas emel yang berbunyi begini:

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan.

Ini apa yang saya jumpa:

Soalan:

Berkaitan tarian POCO-POCO. saya pernah mendengar tarian ini berasal dari indonesia dan tidak diketahui kaum atau agama apa yang mengasaskanya. tetapi dalam pergerakan tersebut di katakan mempunyai unsur salib. minta diperjelaskan.

Jawapan:

Waalaikumussalam.
Tarian Poco-Poco atau apa jua jenis tarian sekalipun harus di ikuti asalkan tidak terdapat unsur-unsur pemujaan atau terdapat bacaan-bacaan tertentu mengikut rentak tarian tersebut. .

Sumber: Laman web JAKIM

Maknanya, setakat hari ni, hukum berpoco-poco adalah harus. Buat tak apa, tak buat pun tak apa. Sehinggalah JAKIM keluarkan suara lain kelak.

Tatacara baca dan forward mesej/emel: Selidik dulu, cari sumber yang sah. Bimbang secara tak sengaja, kita tabur fitnah.

Wallahu'alam.

Labels: ,

0 comments: